
Celcom menjalin kerjasama dengan Huawei Malaysia bagi menawarkan penyelesaian platform operasi pengkomputeran awan dan perisian sebagai perkhidmatan (Cloud-based Digitised Operation Platform, Software as a Service (SaaS) solution).
Kerjasama itu secara tidak langsung menjadikan Celcom sebagai telco pertama di Malaysia yang menggunakan perkhidmatan sokongan operasi (OSS) berasaskan pengkomputeran awan secara sepenuhnya.

Melalui kerjasama itu juga, Huawei berhasrat mengetengahkan penyelesaian automasi operasi digital dan penyelesaian perkhidmatan pintar (AUTIN) yang dimilikinya.
Pada masa sama, Huawei turut berkongsi pengalaman global bersama Celcom dalam usahanya mencapai operasi rangkaian yang lebih divisualkan, diautomasi serta lebih pintar.