Ingin Peranti Mewah Pada Harga Berpatutan? Vertu Aster Chevron Jawapannya!

3a_meitu_711Siapa yang tidak kenal dengan jenama mewah Vertu! Baru-baru ini telah melancarkan sebuah smartphone baru yang diberi nama Vertu Aster Chevron. Ditawarkan pada harga berpatutan iaitu USD 4200, kira-kira RM 16,762 (kebiasanya peranti Vertu dijual paling murah berharga RM 50,000 sebuah), peranti ini menampilkan skrin berukuran 4.2 inci dengan teknologi IPS LCD.

3a_meitu_71Selain itu, ia telah dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 801 berkelajuan Quad Core 2.3GHz, RAM 2GB serta memori dalaman sebesar 64GB. Manakala untuk fungsi penggambaran pula, Aster Chevron yang dioperasikan oleh Android 5.1 Lollipop turut dilengkapi bersama lensa utama 13 Megapixel Hasselblad dan kamera selfie beresolusi 2.1 Megapixel.

1c 1bMenawarkan bateri berkapasiti 2275mAh dengan sokongan pengecasan tanpa wayar Qi, smartphone ini turut hadir dengan beberapa pilihan kemasan kulit dari haiwan eksotik seperti ular sawa.

 

You might also like