Geek Fam Pamer Kehebatan Pocophone F1 Sebagai Telefon Pintar Gaming Terbaik

Xiaomi Malaysia telah menganjurkan satu acara istimewa iaitu ‘Pocophone Game Night’ bagi meraikan pelancaran peranti baharu mereka Pocophone F1 di pasaran tempatan pada Ogos lalu.

Pasukan Geek Fam

Dalam acara tersebut, pihak Xiaomi telah menampilkan kelab e-sukan terkenal di Malaysia iaitu GeekFam dan juga penglibatan pengamal media tempatan bagi memberikan pendedahan tentang kebolehan sebenar Pocophone F1.

Dalam acara istimewa itu turut menyaksikan pengamal media tempatan dibahagikan kepada lima kumpulan berbeza bagi menentang satu sama lain dalam pertandingan Mobile Legends untuk memenangi hadiah menarik berupa Pocophone F1.

‘Pertempuran’ yang berlangsung lebih kurang satu jam itu telah menyaksikan Pasukan NTV7 muncul sebagai pemenang dan pasukan terbaik dalam malam permainan keseluruhan. Sebagai ganjaran, setiap seorang daripada mereka telah menerima seunit Pocophone F1.

Sementara itu, bercerita mengenai GeekFam, mereka merupakan salah satu kelab e-sukan terbesar di Malaysia yang ditubuhkan pada 2016. Selain itu, mereka juga merupakan duta rasmi bagi Pocophone F1.

Untuk pengetahuan, Pocophone F1 kini tersedia untuk pasaran tempatan dalam dua versi iaitu 6GB + 64GB pada harga RM 1,299 (boleh didapati di Lazada) dan 6GB + 128GB pula ditawarkan pada harga RM 1,499 (boleh didapati di Mi Store yang sah). Kedua-dua versi ini boleh didapatkan dalam dua pilihan berbeza iaitu Graphite Black dan Steel Blue.

Baca juga : 

You might also like