Terbukti! Kerangka POCOPHONE F1 Sangat Solid!

Sebelum sampaikan reviu penuh dari kami, biar kami tunjukkan satu video ujian ketahanan dari YouTuber terkenal JerryRigEverything pada peranti terbaru di bawah jenama Xiaomi, iaitu POCOPHONE F1.

Baca Juga:

Seperti yang anda ketahui, peranti ini dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 845 bersama 6GB RAM di bawah harga yang sangat mesra iaitu RM1,299 untuk varian 64GB ROM, serta RM1,499 untuk varian 128GB ROM.

Walaupun isi dalaman POCOPHONE F1 sangat premium semirip peranti flagship, tetapi rekaan luarannya dengan kerangka jenis polikarbonat secara tidak langsungnya memberi tanggapan yang tidak begitu baik kepada pengguna.

Jadi, bagaimana dengan ketahanan atau kekuatan kerangka peranti ini? Jawapan ada dalam video ujian di bawah. Jom~

 

SUMBER

 

 

You might also like