Pelancaran Semula Lmall – Kini Mencari Produk Asli Lebih Mudah!

Interbase Resources Sdn Bhd (IRSB) dan pemilik Lelong.my hari ini mengumumkan pelancaran semula Lmall di Malaysia, yang menawarkan pengalaman membeli belah atas talian yang bukan sahaja selamat, malah juga memberi jaminan 100% produk asli untuk kepuasan pengguna.

Terdapat lebih 100 jenama terkenal di bawah Lmall antaranya Nestle, Dolce Gusto, Philips, Bosch, Acer dan pelbagai lagi. Matlamat utama Lmall adalah memastikan produk yang dibeli bukan sahaja 100% produk asli, tetapi juga memberi jaminan waranti tempatan serta penghantaran yang cepat untuk pelanggan.

Menawarkan paparan antaramuka yang lebih segar berbanding sebelum ini, barangan yang dijual telah diasingkan oleh beberapa kategori utama seperti Phone & Accessories, Fashion & Jewelleries, Electrical & Electronic Appliances, Grocery & Pets dan banyak lagi untuk kemudahan pengguna. Sempena dengan pelancaran semula Lmall ini, terdapat pelbagai promosi, diskaun dan hadiah menarik yang ditawarkan kepada pelanggan.

Apa yang menarik, Lmall juga menawarkan kawalan data perniagaan seperti perkongsian analisis data melalui Google Analytics dan Facebook Pixels untuk membolehkan peniaga mengetahui pelanggan berdasarkan tingkah laku sebenar pelanggan.

You might also like