Kemas Kini Harga Baru Telefon Pintar Milik Nokia

Nokia Malaysia pada bulan ini telah melakukan promosi potongan harga untuk hampir kesemua model telefon pintar mereka di pasaran tempatan. Bermula pada 1 sehingga 31 Mac 2018, Nokia Malaysia menawarkan promosi untuk 5 peranti telefon pintar mereka iaitu Nokia 2, Nokia 3, Nokia 5, Nokia 6 dan juga Nokia 8.

Berikut merupakan harga baru untuk peranti-peranti tersebut :

  • Nokia 2 – RM399 (asal: RM429)

  • Nokia 3 – RM499 (asal: RM599)

  • Nokia 5 – RM699 (asal: RM799)

  • Nokia 6 – RM899 (asal: RM999)

  • Nokia 8 – RM1,988 (asal: RM2,299)

Lebih istimewa, Nokia turut menawarkan hadiah percuma bernilai RM200 untuk setiap pembelian peranti Nokia 6 dan Nokia 8. Maklumat lanjut, boleh layari laman Facebook Nokia Malaysia.

You might also like