Penghantaran PC Ke Seluruh Dunia Menurun Sebanyak 5.2% Pada Suku Kedua 2016

Seperti yang telah diramalkan oleh penganalisis berhubung kesuraman pasaran PC sebelum ini, nampaknya ia semakin menjadi kenyataan apabila suku kedua tahun ini telah memperlihatkan penurunan penghantaran PC di seluruh dunia sebanyak 5.2% atau 64.3 juta unit. Menurut Gartner Inc., ini merupakan suku ketujuh berturut-turut penurunan penghantaran PC dan sungguhpun begitu masih terdapat tanda-tanda peningkatan pada masa akan datang.

Mikako Kitagawa, penganalisis utama di Gartner Inc.
Mikako Kitagawa, penganalisis utama di Gartner Inc.

Mikako Kitagawa selaku penganalisis utama di Gartner berkata, salah satu masalah yang berterusan dalam pasaran PC adalah disebabkan oleh kenaikan harga di kawasan-kawasan tertentu berikutan mata wang tempatan yang semakin lemah berbanding dolar US. Isu harga ini telah memberi kesan terhadap pasaran EMEA dan juga Amerika Latin bagi tahun lalu. Bahkan kesemua wilayah kecuali Amerika Utara turut mengalami kemerosotan penghantaran PC.

Buat masa ini Lenovo masih mengekalkan kedudukan No. 1 dalam penghantaran PC di seluruh dunia pada suku kedua 2016, walaupun berlaku penurunan sebanyak 2.2% berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas. Malah ia merupakan suku kelima berturut-turut penurunan penghantaran PC global untuk Lenovo. Syarikat itu mengalami pertumbuhan dua digit dalam pasaran PC mudah alih Amerika Syarikat, tetapi EMEA terus menjadi satu cabaran kerana inventori pada suku tersebut. Manakala untuk pasaran Asia Pasifik, penghantaran Lenovo telah menurun, tetapi penurunan itu kurang daripada purata keseluruhan di rantau ini.

Noname

You might also like