[Ura-Ura] : HONOR Play 3 Bakal Muncul – Mungkin Sokong Kirin 710 + Tiga Kamera Utama?

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba peminat setia gajet dikejutkan dengan berita mengenai HONOR Play 3 bakal diperkenalkan pada hari ini ( 4 September 2019) dalam sebuah pelancaran berlangsung di China. Nampaknya HONOR memutuskan untuk melangkau penjenamaan HONOR Play 2 pada tahun ini sebaliknya memilih terus memperkenalkan HONOR Play 3.

HONOR masih berteka-teki mengenai spesifikasi utama peranti. Pun begitu, memetik khabar angin tersebar HONOR Play 3 didakawa membawakan skrin bersaiz 6.39 inchi dengan resolusi HD+ (720 piksel) – mungkin menggunakan skrin jenis LCD dengan reka bentuk berlubang. Khabar angin juga menambah, ia mungkin dijana oleh cip Kirin 710 dan memori 6GB RAM.

Untuk kamera, ia dijangka membawakan persediaan tiga kamera utama dengan gabungan lensa : 48MP + 8MP + 2MP dan ditanam bateri berkapasiti 4,000 mAh bersama pengecasan pantas 10W. Maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum diketahui kesasihannya. Sama-sama kita tunggu kemunculan rasmi tuan empunya hari ini!

You might also like