Pra – Tempahan vivo S1 Kini Dibuka – Nikmati Pelbagai Hadiah Eksklusif Secara Percuma!

Sedia maklum, vivo bakal memperkenalkan peranti baharu mereka iaitu vivo S1 untuk pasaran tempatan pada 24 Julai 2019. Bagi menambah keriangan ramai, vivo kini mengumumkan sesi pra tempahan untuk model tersebut telah pun dibuka!

Bagi yang berminat, pra tempahan bermula SEKARANG – 26 Julai 2019 dan ia boleh dibuat dengan deposit sejumlah RM50. Lebih menarik, setiap pra tempahan juga didatangkan dengan hadiah eksklusif termasuk rebat segera bernilai RM100 dan VShare K1-Bluetooth Speaker bernilai RM99! Promosi masa terhad!

Difahamkan, vivo S1 bakal ditawarkan di pasaran tempatan dengan tanda harga RM1,099 dan dijangka dijual bermula 27 Julai kelak. Jadi tunggu apa lagi? Jom pra-tempah sekarang! Maklumat lanjut, layari vivo Malaysia.

———————————————————————————————————————————

Artikel Berkaitan:

You might also like