
Semakin membara! vivo kini semakin kerap mengacah orang ramai mengenai kemunculan ahli baru mereka iaitu vivo S1. Apa yang lebih mengujakan, vivo S1 kini dikatakan telah muncul di pangkalan data dan pensijilan SIRIM.

Perkara ini didedahkan oleh pihak vivo Malaysia. Peranti dengan kod nama vivo 1907 yang juga dipercayai bakal diperkenal sebagai model vivo S1 telah melepasi kelulusan SIRIM dan bakal dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi.

Maklumat mengenai spesifikasi penuh masih belum banyak dikongsi. Namun, sebelum ini terdapat maklumat tertiris mendedahkan model ini bakal dilengkapi kamera selfie sebesar 32MP bersama skrin takuk kecil sebesar titisan air.
Selain itu, ia juga membawakan persediaan tiga kamera utama dan fungsi pengimbas cap jari terbina pada skrin. Melengkapinya, bateri berkapasiti 4,500 mAh dan tampil dengan Ultra Game Mode untuk pengalaman penggunaan lebih baik.

Pun begitu vivo masih lagi berteka-teki mengenai tarikh rasmi untuk pelancaran model ini. Anda teruja? Kami juga teruja! Sama-sama kita tunggu dan kekal bersama eRing untuk lebih maklumat terkini.
_________________________________________________________________

