
[BOCOR] : Imej Penggoda HONOR 9X Pro Diperlihatkan – Rekaan Panel Belakang Cukup Memukau
Sedia maklum, siri HONOR 9X dijadualkan diperkenal secara rasmi pada 23 Julai 2019. HONOR bakal memperkenalkan dua model di bawah siri ini – HONOR 9X dan HONOR 9X Pro. Difahamkan, siri ini merupakan telefon pertama keluaran HONOR yang dibina dengan cipset Kirin 810.
Menghampiri tarikh pelancaran rasmi, imej penggoda memperlihatkan rekaan belakang HONOR 9X Pro kini muncul di laman Weibo. Jika diteliti, imej yang dikongsi menunjukkan persediaan tiga kamera utama disusun secara menegak – ia seolah-olah mengiyakan desas desus sebelum ini mengatakan HONOR 9X Pro dilengkapi tiga kamera utama.
Paling menarik perhatian adalah hiasan warna cerun biru – merah pada belakang peranti bersama corak ‘X’ menjadikannya kelihatan cukup menawan. Jika diteliti, tiada persediaan fungsi pengimbas cap jari fizikal – ramai mula berspekulasi ia mungkin dilengkapi pengimbas cap jari sisi.
Jadi, apa kata anda mengenai rekaan ini? Seperti biasa, maklumat tertiris masih rumors dan belum dapat dipastikan kesasihannya. Segalanya bakal terjawab pada 23 Julai kelak dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini.
[SUMBER]
_____________________________________________
Artikel Berkaitan:
- [TERTIRIS] : Spesifikasi Penuh HONOR 9X & HONOR 9X Pro Muncul Di Media Sosial
- HONOR Terus Mengacah Kehebatan HONOR 9X – Prestasi Luar Biasa & Jangka Hayat Bateri Lebih Panjang
- HONOR Band 5 Bakal Terima Ciri Baru? Dijangka Diperkenal Bersama HONOR 9X?
- [Ura-Ura] : Bocor Lagi! HONOR 9X Dijangka Sokong Skrin AMOLED & Binaan Kamera Pop Up
- [TERTIRIS] : Ujian Benchmark Antutu HONOR 9X Didedahkan – Catat Prestasi Ohsem!