Beli iPhone 8 & 8 Plus (PRODUCT) Red Di Celcom Sekarang!

iPhone 8 (PRODUCT) Red berkapasiti 256GB

Celcom hari ini telah mengumumkan produk terbaru yang ada dalam barisan telefon pintar mereka iaitu iPhone 8 dan 8 Plus (PRODUCT) Red kepada umum. Kepada yang menanti peranti edisi istimewa ini, pelanggan boleh membeli kedua-dua telefon pintar ini bermula hari ini (27 April) di laman rasmi Celcom dengan harga serendah RM1,748 bagi model iPhone 8 (PRODUCT) Red.

Kedua-dua peranti kini dikemaskan dengan kemasan panel gelas berwarna merah dan dipadankan dengan panel skrin depan berwarna hitam. Tiada perubahan lain dibuat selain iPhone ini masih menawarkan saiz storan 64GB dan 256GB pada harga yang lebih kurang sama seperti model sedia ada di pasaran.

iPhone 8 Plus (PRODUCT) Red berkapasiti 256GB

Seperti yang diketahui umum, (PRODUCT) RED merupakan sebahagian sokongan Apple dalam membantu pesakit-pesakit AIDS dan HIV dalam penyelidikan serta perubatan.

You might also like