Beli Samsung Galaxy S9 & Galaxy S9+ Dengan Samsung 0% Easy Payment Plan

Kepada yang teringin untuk memiliki Samsung Galaxy S9 atau Galaxy S9+, Samsung Malaysia Electronics ada berita gembira buat anda! Kini anda boleh menikmati pengecualian bayaran sebulan bernilai RM366.58 dengan Samsung 0% Easy Payment Plan (EPP) bermula dari 27 April hingga 20 Mei 2018.

Dengan ansuran bulanan serendah RM252.01 untuk pelan 12 bulan dan RM126 bagi pelan 24 bulan, pengguna boleh ke mana-mana kedai rasmi Samsung di seluruh negara. Selain itu, peniaga sah Samsung yang terpilih seperti Best Denki, Harvey Norman, Senheng dan SenQ juga turut dapat menikmati promosi hebat bermula hari ini.

Samsung Galaxy S9/S9+menawarkan kamera dengan aperture boleh-laras pertama di dunia, AR Emoji, dan kebolehan mengambil video gerak-perlahan yang dipanggil Super Slow Mo. Samsung Galaxy S9 dibekalkan satu kamera utama manakala Galaxy S9+ hadir dengan dwi-kamera bersama lensa telefoto. 

 

 

You might also like