- Iklan -

Peminat Mahukan Touch ID Pada Siri iPhone 13?!

Dalam satu tinjauan daripada SellCell.com, ciri yang diharapkan oleh kebanyakan pengguna Apple adalah pengembalian Touch ID.

Tahun ini, terdapat khabar angin bahawa Apple bakal menerapkan semula Touch ID, tetapi ia akan dimasukkan ke dalam paparan iPhone, dan ciri ini tidak akan menggantikan Face ID. Sebagai gantinya, Touch ID akan digunakan sebagai alternatif, seperti membuka kunci iPhone sambil memakai topeng.

Menurut data dari SellCell.com, 21% dari 3000 akaun pengguna yang ditemuinya menyenaraikan pengembalian Touch ID sebagai ciri yang paling mereka inginkan.

You might also like