Waze Memperkenalkan Ciri Harga Tol Untuk Perjalanan Sehala

Bukannya semua orang tahu kadar bayaran tol di Malaysia, jika pengguna jalan raya dapat tahu setiap kadar bayaran tol kan lebih mudah untuk membuat keputusan.

Waze hari ini telah melancarkan ciri Harga Tol, yang mana ia membolehkan pengguna mencari dan membandingkan harga tol ketika mereka memandu di sepanjang jalan bertol. Kelebihan pada ciri baharu ini adalah ia mampu membantu para pemandu membuat keputusan perancangan yang lebih baik dengan memaparkan harga sebelum tiba di tol, membolehkan mereka membanding harga bagi pelbagai rangkaian perjalanan dan juga ETA agar mereka dapat membuat pilihan yang paling sesuai.

Harga Tol boleh digunakan pada lorong HOV (kenderaan berpenumpang tinggi), tersedia secara automatik dan pengguna akan melihat tanda Tol dalam perjalanan jika ia melibatkan jalan bertol. Para pemandu yang mempunyai pas tol juga boleh membuat pilihan ini di dalam aplikasi Waze, yang akan sedia diambilkira ketika data perjalanan sedang dijana.

Untuk maklumat lanjut, layari Waze.

 

You might also like