“Ombak Merah” Menggemparkan Pavilion Sempena Pelancaran Rasmi Huawei nova 3

Ketibaan Huawei nova 3 telah diperawalkan dari yang dirancangkan dan 11 Ogos Sabtu lalu berjaya menyambutnya dengan suasana yang penuh meriah dengan tema merah, kerana nova 3 berwarna merah juga dijual sebagai edisi terhad pada hari pertama penjualan di Pavilion KL.

Majlis ini juga dimeriahkan bersama selebriti tempatan terkenal seperti Wany Hasrita, Haqiem Rusli, Hafeez Mikail dan Hael Hasaini. Buat masa ini ia telah mula dijual melalui beberapa kedai rasmi Huawei, dan dijangka akan ditawarkan melalui laman e-dagang serta pengedar sah Huawei di seluruh negara dalam seminggu dua lagi.

Baca Juga:

Nova 3 merupakan model yang hadir dengan spesifikasi lebih tinggi berbanding nova 3i, di mana ia dilengkapi dengan cip pemproses Kirin 970, 6GB RAM dan 128GB ROM. Sokongan empat kamera turut disediakan dengan resolusi lebih tinggi iaitu 16MP + 24MP pada kamera utama, sementara kamera hadapan 24MP + 2MP sama seperti nova 3i.

Unboxing Huawei nova 3 ↓↓↓

 

 

You might also like