25MP Kamera Hadapan Disahkan Hadir Pada OPPO F9 Bersama AI Beauty 2.1

Kad jemputan dari OPPO Malaysia mengenai pelancaran rasmi OPPO F9 telah disahkan pada 16 Ogos (Khamis) ini. Sebelum pelancaran rasmi, sejumlah spesifikasi telah didedahkan seperti skrin paparan jenis titisan air, pengecasan pantas VOOC yang menawarkan penggunaan selama 2 jam bagi 5 minit pengecasan, serta penawaran 16MP + 2MP kamera utama pada rekaan warna cerun.

Terkini, satu lagi spesifikasi yang diketengahkan oleh OPPO F9 turut didedahkan! Kamera hadapan 25MP dengan sokongan ciri AI Beauty 2.1 menjadikan F9 sebuah peranti pintar pertama yang hadir dengan ciri berkuasa ini dalam arena swafoto.

Teknologi AI Beauty 2.1 membolehkan anda melihat dahulu kesan kecantikan pada gambar swafoto anda sebelum mengambil gambar. Tambahan lagi HDR juga membantu dalam menawarkan pencahayaan yang lebih baik pada hasil penggambaran.

Bagi maklumat lanjut lagi, kita tunggu pelancaran rasmi pada 16 Ogos ini.

 

 

You might also like