Sertai Wiko Di Dalam Sambutan Festival Cahaya

1Sempena perayaan Deepavali, Wiko mengajak anda untuk menyertai mereka dalam kemeriahan sambutan festival cahaya. Wiko akan mengadakan promosi istimewa dari hari ini sehingga 30 Oktober ini.

Sepanjang seminggu tempoh promosi, 50 pelanggan pertama setiap hari akan menerima potongan 50% istimewa bagi pembelian peranti kedua. Selain itu pelanggan akan menerima pelbagai hadiah dan saguhati dari Wiko untuk dibawa pulang.

Jadi jika anda berkesempatan hari ni, bolehlah singgah dahulu di Plaza Low Yat untuk melihat promosi Wiko ini. Ingat, jika anda ingin mendapatkan diskaun istimewa pastikan anda menjadi 50 pelanggan pertama setiap hari.

You might also like