Desas-Desus: Pemilik Galaxy Note7 Mungkin Dapat Galaxy S8 Secara Percuma?!

1Ramai sudah sedia maklum akan program penebusan yang ditawarkan Samsung kepada pemilik Galaxy Note7. Samsung telah berusaha sedaya upaya membetulkan masalah ini dengan menawarkan alternatif penebusan kepada pembeli, anda boleh mendapatkan kembali wang tunai atau mendapatkan peranti Galaxy S7 / S7 Edge.

Mungkin ada lagi berita baik untuk ‘bekas’ pemilik Galaxy Note7, Samsung dikatakan akan memperkenalkan satu lagi program penebusan yang membolehkan anda mendapatkan Galaxy S8 secara percuma atau sekurang-kurangnya diskaun istimewa.

**Kemaskini
Tawaran khas untuk Samsung Galaxy S8 dan Note 8 pada potongan harga 50%
bagi pelanggan Note 7. Buat masa ini hanya diberikan kepada pelanggan di
Korea Selatan, mereka perlu berdaftar sebelum 30 November.

 

2Apa yang lebih menarik adalah sekiranya anda sudah menukar ke Galaxy S7 / S7 Edge, anda masih boleh menebus Galaxy S8. Proses penebusan ini masih belum diketahui, bahkan kesahihan berita ini masih diperdebatkan. Namun kita akan dapat mengetahui berita sebenar sekurang-kurangnya sebelum hujung tahun ini.

You might also like