
MWC 2019: HUAWEI Perkenal MateBook X Pro Yang Dikemas Kini, Spesifikasi Lebih Berkuasa Serta Storan Yang Lebih Besar
Pada Mobile World Congress 2019 (MWC 2019), HUAWEI bukan sahaja memperlihatkan barisan telefon pintarnya, tetapi juga komputer riba iaitu HUAWEI MateBook X Pro yang dikemaskini dengan disertakan spesifikasi yang diperkemas dan beberapa ciri baharu.
[Reviu Eksklusif: Anda Pasti ‘TERUJA’ Bila Miliki Huawei MateBook X Pro, Kenapa?! Di Sini…]

Peranti ini dihadirkan dengan skrin sesentuh bersaiz 13.9 inci yang disertakan dengan resolusi 3000×2000 piksel. Ia juga ditawarkan dengan memori sehingga 16GB RAM dan juga storan sebesar 512GB/1TB serta pilihan cip sehingga Intel Core i7-8565U. Apa yang menarik, ia turut menawarkan grafik yang lebih baik menerusi NVIDIA GeForce MX250.
Ia juga telah mengabungkan pengimbas cap jari pada butang kuasa yang pastinya menawarkan sistem keselamatan yang baik serta memudahkan anda untuk log masuk apabila membuka peranti tersebut.
HUAWEI OneHop merupakan antara perkara yang menarik pada peranti ini. Apa yang menariknya, pengguna boleh melakukan pindaan fail dan dokumen dari telefon pintar ke komputer riba. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu tap peranti pada bahagian tertentu pada komputer riba.
Anda juga boleh berkongsi Clipboard antara peranti. Ia juga memudahkan anda untuk merakamkan skrin komputer riba menerusi peranti HUAWEI anda yang lain.
Peranti ini ditampilkan dengan beberapa pilihan warna iaitu kelabu dan perak.
♦ Ikuti laporan MWC 2019 di sini. ♦
___________________________
Baca juga:
- Sindiran Dari Huawei – Video Promosi Siri P30?!
- Zon Perbandingan : Samsung Galaxy S10+ / HONOR View20 / HUAWEI Mate 20 Pro…

