MWC 2019: Nokia 4.2 & Nokia 3.2 – Peranti Pertengahan Berasaskan Android One

980
Nokia 3.2

Selain pengenalan awal Nokia 9 PureView dan Nokia 1 Plus kepada umum di acara MWC 2019, HMD Global juga membawa dua lagi peranti pertengahan yang berasaskan Android 9 Pie Go Edition ke pasaran, masing-masing adalah Nokia 4.2 dan Nokia 3.2.

[ MWC 2019: Nokia 9 PureView Rasmi – Dijana 5 Kamera Optic Zeiss + Snapdragon 845 ]

Nokia 4.2

Sokongan butang Google Assistant telah disediakan dan anda hanya perlu menekan sekali sahaja untuk mengaktifkan fungsi ini, kedua-dua peranti ini juga dibekalkan pilihan 2GB/3GB RAM serta 16GB/32GB ROM.

Nokia 4.2

Nokia 4.2 mempunyai paparan skrin 5.71 inci HD+ a-Si TFT LCD bersama rekaan takuk yang menempatkan kamera swafoto 8MP, serta kamera utama Dual 13MP + 2MP pada panel belakang. Kuasa dalaman dijana dengan cip pemproses Snapdragon 439 dan kapasiti bateri sebesar 3,000mAh.

Sistem keselamatan seperti pengimbas cap jari dan pengecaman wajah juga disediakan bersama sambungan NFC, terdapat dua warna iaitu Hitam dan Pink Sand untuk dipilih.

Nokia 3.2

Sementara Nokia 3.2 pula, ia dilengkapi dengan skrin 6.26 inci dengan sokongan cip pemproses Snapdragon 439. Bahagian kamera utama menggunakan lensa 13MP dan kamera hadapan 5MP, penggunaan kapasiti bateri lebih besar berbanding Nokia 4.2 iaitu sebesar 4,000mAh.

Walaupun Nokia 3.2 juga menyokong teknologi pengimbas cap jari, tetapi ia hanya sokong pada versi 32GB sahaja, terdapat dua warna untuk dipilih sama ada Hitam atau Steel.

Buat setakat ini kedua-dua peranti masih tidak diberitahu bila akan masuk ke pasaran tempatan.

♦ Ikuti laporan MWC 2019 di sini. ♦

__________________________

Artikel Popular: