Dua Peranti Misteri OPPO Muncul Di Geekbench – Sokong Chipset Snapdragon 765 & MediaTek Helio P90!

Peranti misteri OPPO dengan kod nama PCLM50 kini melepasi TENAA – ramai berspekulasi ia mungkin menjadi versi baharu untuk OPPO Reno3 dan Reno 3 Pro. Masih terdapat beberapa ketidakpastian mengenai sokongan chipset, tetapi ia dikatakan telah muncul di penanda aras Geekbench.

Penyenaraian Geekbench mendedahkan peranti ini bakal dikuasakan oleh Snapdragon 765G. Selain itu, penyenaraian turut mendedahkan ia bakal membungkus memori sebesar 8GB RAM dan menggunakan sistem operasi Android 10 – seperti yang dijangkankan.

Peranti misteri seterusnya adalah OPPO CPH2023 – ia dikatakan bakal dikuasakan oleh chipset MediaTek Helio P90 dan disertakan dengan 8GB RAM. Jika maklumat ini benar, ia bakal menjadi peranti pertama OPPO yang dikuasakan oleh chipset ini – chipset ini dikatakan lebih baik berbanding MediaTek Helio P70.

Dalam pada itu, terdapat khabar angin mendedahkan bahawa OPPO merancang untuk merancang satu acara pada 18 Februari ini – Pun begitu, masih belum dapat dipastikan apa peranti yang bakal diperkenalkan. So sama – sama kita tunggu!

[ S U M B E R ]

You might also like