Samsung Galakkan Kreativiti Dengan Pergerakan #BlueAndYellow

Sempena kehadiran Samsung Galaxy Note 9 di pasaran tempatan baru-baru ini, Samsung Malaysia menjemput orang ramai mengambil bahagian dalam pergerakan #BlueAndYellow mereka bagi menambahkan kreativiti dalam kehidupan sekaligus pada masa sama melepaskan imaginasi kreatif melalui seni, gambar dan video.

Berminat untuk sertai? Caranya mudah sekali!

Langkah 1 : Ambil gambar paling kreatif dengan sebahagian besarnya terdiri daripada warna biru dan kuning.

Langkah 2 : Kongsikan di media sosial anda (Facebook atau Instagram). Pastikan gambar yang anda muat naik dan setting akaun anda ditetapkan kepada umum.

Langkah 3 : Sertakan hashtags ini : #BlueAndYellow #GottaHaveIt supaya posting anda dapat dilihat dan jangan lupa tag @Samsungmalaysia juga!

Sekiranya anda mencari lebih banyak inspirasi, anda juga dijemput untuk berkunjung ke Samsung Galaxy Studio9 yang terletak di tengah-tengah Kota Kuala Lumpur (berhadapan Fahrenheit88) bermula HARI INI hingga 31 Oktober 2018.

Lebih menarik, ambil gambar selfie/welfie di salah satu daripada tiga tempat yang ditetapkan serta diikuti dengan dua hashtag tambahan: #GalaxyNote9 #studio9MY dan berpeluang memenangi sepasang tiket untuk memasuki Muzium Selfie di Fahrenheit88.

Baca juga :

You might also like