Instagram Bakal Hadir Dengan Mod Potret?

Semalam kami ada berkongsi mengenai Instagram yang bakal menyokong ciri baru iaitu panggilan suara dan video. Terbaru, terdapat berita yang mengatakan aplikasi sosial ini bakal hadir dengan sokongan mod potret!

Terdapat sebuah fail APK dengan nama ‘portrait_shutter_icon.png’ terbongkar, di mana ia boleh diakses apabila anda bertukar ke mod Stories. Seperti yang kita semua tahu, mod Potret membolehkan pengguna mengambil gambar Potret dengan latar belakang bokeh/kabur, kali ini terus dari kamera Instagram.

Jika betul berita ini, Instagram seakan mencabar aplikasi sosial Snapchat dan mendorong Instagram berada dalam kelasnya tersendiri. Namun begitu, masih belum ada sebarang maklumat rasmi mengenai berita ini.

Sumber

You might also like