
Instagram Akan Perkenalkan Ciri Panggilan Suara & Video?!
Aplikasi laman sosial popular, Instagram dikhabarkan akan memperkenalkan fungsi baru kepada pengguna yang mana akan hadir dengan fungsi panggilan suara dan video.
Menurut laporan dari TechCrunch, mereka telah mengenalpasti ciri ‘Call’ dan ‘Video Call’ pada fail APK untuk aplikasi Instagram dan juga Instagram Direct. Buat masa sekarang, media sosial itu masih belum mengumumkan apa-apa maklumat mengenai perkara tersebut, tetapi berkemungkinan pengenalan fungsi tersebut akan dibuat pada kemas kini akan datang.
Ciri panggilan suara dan video untuk Instagram adalah sesuatu yang sudah dijangka kerana sebelum ini laman sosial Facebook, sudah melengkapkan ciri itu pada aplikasi Facebook Messenger dan juga WhatsApp.

