Realme X Kini Tersedia Dalam Versi Terhad, Dikenali Sebagai Realme X Spider-Man: Far From Home Edition

Jenama peranti pintar popular Realme kini telah melancarkan secara rasmi versi edisi terhad bagi model Realme X yang dikenali sebagai Realme X Spider-Man: Far From Home Edition.

Secara zahirnya, ia tampil dengan warna putih di bahagian belakang dan di garap dengan warna keemasan bagi memberi nilai eksklusif pada peranti ini. Ia pastinya menarik jika terkena pantulan cahaya.

Kotak pembelian khas bagi edisi ini juga tersedia bersama kerangka yang diispirasikan daripada filem ini. Tema khas turut disertakan pada peranti ini yang mana ia menampakkan logo Spiderman ini.

Aspek sepesifikasi juga baik apabila ia tampil dengan skrin bersaiz 6.53 inci AMOLED FHD+ dan dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 710 dan hadir dengan 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Kamera juga turut didak mengecewakan ababila ia hadir dengan 48MP + 5MP bagi kamera belakang dan 16MP bagi kamera hadapan. Kapasiti bateri juga dalam keadaan baik apabila hadir dengan 3765mAh dengan sokongan pengecasan VOOC 3.0 (USB-C).

Peranti ini tersedia bagi pasaran India bermula dari 15 Julai ini dan dijual pada harga Rs. 18500 (kira-kira RM1110) bagi varian 128GB.

Tiada lagi sebarang berita mengenai model ini yang bakal dilancarkan di Malaysia.Sama-sama kita nantikan…

You might also like