
[Ura-Ura] : Adakah Ini Gambaran & Susunan Kamera Utama HUAWEI Mate 30 Pro?
Berita ketirisan mengenai HUAWEI Mate 30 Pro mula bertiup kencang. Kali ini, media sosial dibanjiri pula dengan satu lagi maklumat tertiris mendedahkan pandangan belakang peranti tersebut – memaparkan reka bentuk dan susunan kamera utama peranti.
Mate 30 pro based on leaks
Camera designs is like Porsche 911GT3 RS front light design, remind me to Lumia phone ☺️#HuaweiMate30Pro pic.twitter.com/eWgAEzm1uV— Teme (特米)😷 (@RODENT950) July 3, 2019
Memetik imej tersebar, kamera utama Mate 30 Pro dilihat menyertakan modul berbentuk bulat dengan sokongan empat lensa – Lensa dan LED flash diletakkan dalam bentuk “X”. Imej bocor turut mendedahkan peranti tersebut bakal dilengkapi lensa Leica dan didakwa menawarkan 5x zoom optikal. Pun begitu, tiada maklumat lanjut mengenai konfigurasi kamera.
Pada masa sama, panel hadapan siri HUAWEI Mate juga didakwa telah bocor. Imej tersebar memaparkan peranti ini berkemungkinan disertakan dengan binaan bezel yang nipis berbanding model terdahulu. Selain itu, ia juga dilihat menyertakan kemasan sisi melengkung ke arah skrin. Bezel pada bahagian atas telah dikaburkan – jadi agak sukar untuk menentukan sama ada ia mempunyai notch ataupun tidak.
Seperti biasa, maklumat tertiris masih ‘rumors’ semata-mata dan belum diketahui mengenai kesahihannya. Jadi, apa pendapat korang mengenai rekaan ini? Adakah sesuatu yang menarik atau sebaliknya? Kongsikan dengan kami!
[SUMBER]