Xiaomi Mempatenkan Rekaan Peranti Dengan Sokongan Panel Solar Pada Bahagian Belakang

Inovasi ini bukan calang-calang! Xiaomi nampaknya merancangkan sesuatu yang luar biasa! Jenama terkenal itu kini dilaporkan telah mempatenkan rekaan peranti dengan sokongan panel solar pada bahagian belakang.

Memetik beberapa sumber, Xiaomi telah memfailkan reka bentuk tersebut di Pejabat Harta Intelek Dunia (WIPO). Jika diteliti, peranti berkenaan bakal membawakan paparan skrin luas. Tiada sebarang takuk – sekaligus kedudukan kamera hadapan menjadi tanda tanya ramai pihak.

Bahagian belakang dilengkapi dengan modul dwi-kamera utam yang disusun secara menegak. Tiada persediaan cap jari fizikal – sekaligus memberi gambaran ia bakal menyertakan sokongan pengimbas cap jari pada paparan. Part paling penting adalah bahagian belakang menempatkan panel solar yang terbina pada sebahagian besar peranti – kemungkinan peranti ini boleh dicas menerusi tenaga solar.

Pun begitu, pendedahan paten tidak bermakna sesebuah syarikat itu bakal menghasilkan rekaan berkenaan – ia memberi gambaran mereka kini sedang meneroka lebih inovasi terkini dan berusaha ke arahnya. Kekal bersama eRing untuk lebih info lanjut!

You might also like