Sempena bulan Ramadan ini, e-dompet tempatan Boost mengutamakan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dengan menawarkan sokongan pembiayaan kos rendah menerusi kemudahan pembiayaan ‘Aspirasi Capital for Boost’. Pembiayaan yang PMKS dapati dari kemudahan ini boleh diguna sebagai modal kerja bagi menanggung kos jualan Ramadan yang akan datang. Kemudahan pembiayaan ini juga selari dengan usaha Kerajaan baru-baru ini bagi merangsangkan semula perniagaan tempatan susulan pembukaan semula ekonomi negara.

Sokongan pembiayaan ini dapat membantu meringankan persediaan Ramadan peniaga seperti kos sewaan tapak bazar dan kos bahan masakan. Kemudahan pembiayaan ini juga boleh membolehkan PMKS mendigitalkan perniagaan mereka dengan kaedah pembayaran tanpa kontak. Ia juga boleh meningkatkan aktiviti pemasaran mereka melalui media sosial.
Melalui ‘Aspirasi Capital for Boost’, setiap PMKS layak mendapat pembiayaan mikro kos rendah sebanyak RM20,000 untuk tempoh 18 bulan, tanpa faedah dan tanpa pembayaran ansuran untuk enam (6) bulan yang pertama. Apabila pembayaran ansuran bermula pada bulan ke-7 dan seterusnya, PMKS boleh menikmati kadar faedah serendah 0.5% sebulan.
Proses permohonan boleh dilakukan hanya dengan menggunakan telefon pintar dan akan mengambil masa selama 3 minit sahaja. Jika didapati layak, peniaga akan menerima kelulusan di mana pembiayaan akan disalurkan ke dalam akaun bank dalam tempoh 48 jam. Selain daripada pembiayaan mikro, para peniaga boleh memanfaatkan pelan insurans mikro ‘SME OwnerProtect’, bagi lindungan daripada gangguan pendapatan.
Penyelesaian Perniagaan dan Ganjaran untuk Para Peniaga
Selain daripada pembiayaan mikro, Boost sedang membina ekosistem digital yang mantap untuk PMKS dengan pelbagai penyelesaian yang berinovasi, berfaedah serta ganjaran menerusi platform e-Dompet. Inisiatif untuk PMKS telah dimulakan sejak awal penularan pandemik dan ia selaras dengan pengumuman Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital) oleh Kerajaan baru-baru ini. Meningkatkan penyertaan dan pengembangan PMKS ke dalam ekonomi digital negara merupakan salah satu bidang tumpuan Program nasional ini.
Sebagai peniaga Boost, PMKS boleh memanfaatkan penyelesaian yang ringkas lagi berinovasi dengan ‘Boost Business Payment Link’. Ia adalah penyelesaian pembayaran tanpa kontak yang unik dan membolehkan para peniaga menghantar URL pembayaran kepada pelanggan melalui mana-mana aplikasi pesanan. Ciri ini membolehkan para peniaga menjalankan perniagaan mereka di dalam talian dengan mudah dan menerima pembayaran pada bila-bila masa sahaja. Ciri ini juga dapat membantu para peniaga menerima bayaran terlebih dahulu untuk pesanan ambil sendiri atau penghantaran. Boost juga adalah sebahagian daripada Geran Digitalisasi PKS dengan kerjasama Celcom. Geran ini khusus bagi membantu proses pendigitalan perniagaan dan beralih ke perniagaan dalam talian. Para peniaga boleh menuntut 50% atau sebanyak RM5,000 apabila mereka menyertai salah satu daripada enam pakej Digitalisasi PKS yang disediakan oleh Boost. Kit permulaan perniagaan digital ini disertakan kempen ‘Partner Wallet’ eksklusif untuk tujuan merangsangkan jualan para peniaga. Ia juga disertakan dengan pemasaran digital bagi meningkatkan aliran trafik dan ‘visibility’ pelanggan kepada perniagaan mereka. Geran ini dibuka untuk permohonan sehingga akhir Jun 2021. Para peniaga yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai geran ini boleh berkunjung ke https://www.myboost.com.my/business/campaigns/sme-digitalization-grant

