
Samsung Galaxy Note 21 Mungkin Tidak Akan Dilancarkan?
Terdapat satu laporan daripada ETNews menyatakan bahawa peranti Samsung Galaxy Note 21 mungkin tidak akan dilancarkan?

Sungguhpun begitu, menurut sumber, Samsung belum lagi membuat keputusan kerana ia masih lagi diperingkat awal namun mengikut sejarah, telah banyak dibatalkan pelancarannya di peringkat ini.
Dalam pada itu, satu lagi peranti baru dari samsung iaitu Samsung Galaxy S21 Ultra bakal menerima sokongan S Pen yang mana memberi keterujaan buat peminat Samsung.
Jadi, sama-sama kita nantikan perkembangan berita ini.

