

Lanjutan dari pelancaran Samsung Galaxy Note8 miggu lepas, hari ini Celcom mula menyediakan pelan ansuran bulanan melalui EasyPhone yang menawarkan Samsung Galaxy Note8 dengan bayaran serendah RM115 sebulan.
Program EasyPhone ini terbuka kepada semua pengguna pascabayar dan prabayar Celcom. Anda hanya perlu melanggan pelan FIRST™ Platininum Plus sebagai syarat untuk memiliki peranti terbaik dari Samsung ini.
Manakala untuk pengguna Xpax, tiada sebarang wang pendahuluan atau kad kredit dikenakan untuk mendaftar dalam program EasyPhone. Mereka hanya perlu membayar komitmen RM238 sebulan selama 24 bulan termasuk kredit prabayar sebanyak RM30 yang disertakan bersama.

Pelan pascabayar Celcom melalui EasyPhone menawarkan ansuran bulanan berikut:
- RM135 untuk FIRST™ Platinum
- RM140 untuk FIRST™ Gold Supreme
- RM155 untuk FIRST™ Gold Plus
Selain daripada itu, bagi anda yang tidak mahu secara ansuran, Celcom juga menawarkan Samsung Galaxy Note8 secara kontrak 24 bulan bersama pelan Celcom FIRST™.
-
RM2,178 dengan FIRST™ Platinum Plus (100GB Internet), dengan komitmen bulanan RM188
-
RM2,558 dengan FIRST™ Platinum (60GB Internet), dengan komitmen bulanan RM148
-
RM2,708 dengan FIRST™ Gold Supreme (50GB Internet), dengan komitmen bulanan RM128; atau
-
RM2,858 dengan FIRST™ Gold Plus (40GB Internet), dengan komitmen bulanan RM98
Bagi anda yang tidak mahu membayar harga runcit Samsung Galaxy Note8 pada harga RM3,999, bolehlah mencuba tawaran daripada Celcom ini.


