
OPPO Malaysia mengesahkan akan melancarkan smartphone selfie terbarunya, F1s pada bulan Ogos ini di Malaysia. Seperti dua model sebelum ini, Nora Danish telah terpilih sebagai duta mereka. OPPO Malaysia telah memuat naik video iklan, di mana Nora Danish telah berkongsi bagaimana menggunakan kamera selfie OPPO F1s agar sentiasa kelihatan menawan.
Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai spesifikasi smartphone ini, melainkan kamera untuk penggambaran selfie beresolusi 16 Megapiksel sahaja. Dari segi rekaan, ia mirip seperti OPPO F1 Plus, di mana butang Home bertindak sebagai pengimbas cap jari pantas.
Menerusi Facebook OPPO Malaysia , ia telah melantik 4 orang duta selfie untuk pelancaran OPPO F1s yang akan datang. Selain Nora Danish, dua orang lagi yang telah diumumkan adalah JC Chee dan juga Min Chen. Duta ke-4 masih menjadi rahsia, mungkinkah Ayda Jebat yang juga salah seorang duta OPPO?
Adakah OPPO F1s akan lebih hebat berbanding F1 Plus, dan berapakah harganya? Kepada peminat selfie, sama-sama nantikan pelancaran rasminya di Malaysia pada 10 Ogos 2016.
Save the date! 🙂

