
Kini Instagram boleh dikatakan media sosial yang wajib ada pada setiap pengguna telefon pintar di Malaysia. Ia juga satu platfom untuk kita berkongsi gambar bersama pengikut malah kita juga seboleh-bolehnya mahu pengikut seramai yang mungkin. Tetapi bagaimana pula untuk kita ketahui sama ada mereka mengikut kita kembali atau tidak?

Oleh itu, Intagram kini sedang mencuba ciri ‘Follows You’ di peranti Android. Segelintir pengguna di Malaysia kini boleh melihat pengikutnya terus dari halaman akaun individu tersebut sekaligus memudahkan mereka daripada mentatal skrin di dalam senarai seperti sebelum ini.
Ciri ini sebenarnya sudah lama diintegrasi di dalam Facebook dan Twitter, memandangkan Instagram kini diselia oleh Facebook, tidak mustahil ia akan diperluaskan pada masa akan datang.

