Xiaomi Mi A1, Kini Boleh Dibeli Dengan Harga RM1,099

Bertempat di Fifth Palate, Kota Damansara, Xiaomi dengan rasminya mengumumkan model dwi-kamera terbarunya yang dikenali sebagai Xiaomi Mi A1. Istimewanya model ini, ia merupakan peranti pertama yang menyertai Android One dan dijual pada harga berpatutan iaitu RM1,099.

Dengan harga mampu milik, Xiaomi Mi A1 masih menyokong spesifikasi hebat antaranya dioperasikan oleh Android 7.1.2 Nougat dengan sokongan kemas kini Android O, pemproses Snapdragon 625, Octa Core berkelajuan 2.0GHz dan GPU Adreno 506 yang pastinya lebih lancar bersama ROM 64GB serta RAM 4GB. Selain menawarkan cip yang efisyen, ia juga dipadankan dengan teknologi audio DHS yang memberikan kualiti bunyi berkualiti tinggi.

Perbandingan tiga peranti popular, iPhone 7 Plus, OnePlus 5 & Xiaomi Mi A1

Dari segi penggambaran pula, konfigurasi dwi-kamera yang sama digunakan pada peranti flagship Xiaomi, Mi 6 iaitu beresolusi 12MP + 12MP yang turut menyokong 2x optikal zoom, mod Potret dan juga Beauty 3.0.

Hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Emas, Hitam & Merah Jambu (akan datang)

Menampilkan paparan skrin bersaiz 5.5 inci 1080p dengan rekaan logam berwarna hitam, emas dan merah jambu (akan datang), bateri berkapasiti 3080mAh turut menyokong pengecasan pantas (5V2A). Kepada yang berminat boleh mendapatkan telefon pintar ini di stor rasmi Xiaomi di Lazada.

Nantikan reviu eksklusif dari eRing pada isu #151 (November)….

You might also like