Xiaomi Mi A1 Dijual Pada Harga RM1,099 Bermula 21 September 2017

Xiaomi Malaysia hari ini mengumumkan bahawa peranti terbaru mereka Xiaomi Mi A1 akan mula dijual bermula esok. Peranti ini juga adalah yang pertama yang menyertai program Android One dan ia akan dijual pada harga mampu milik iaitu RM1,099 sebuah.

Xiaomi Mi A1 didatangkan dengan spesifikasi pertengahan-atas lengkap dengan cip pemproses Snapdragon 625 octa-core, RAM 4GB, dan storan sebanyak 64GB. Selain menawarkan cip yang efisyen, ia juga dipadankan dengan teknologi audio DHS yang memberikan kualiti bunyi berkualiti tinggi.

Dwi kamera yang dibekalkan juga menyokong fungsi zoom dua kali dan mod potret. Konfigurasi dwi kamera ini adalah sama yang digunakan pada peranti flagship Xiaomi, Mi 6. Sistem operasi yang kemas dan teratur ini dibina berasaskan Android 7.1.2 Nougat tulen.

Disebalik kerangka badan logam berwarna Hitam dan Emas ini, ia turut menyediakan bateri sebesar 3,080mAh serta paparan 5.5 inci 1080p Corning Gorilla Glass. Peranti ini juga menyediakan slot kad microSD untuk ruangan tambahan, USB Type-C, pengecasan pantas, pengimbas cap jari, dan radio FM.

Jika Xiaomi Mi A1 adalah sebuah telefon pintar yang menepati citarasa anda, segera pra tempah sekarang di stor rasmi Xiaomi di Lazada atau kunjungi kedai fizikal di Mi Premium Reseller (Queensbay Mall), Mobile To Go (SS2 PJ), atau DirectD (bermula 10 malam 20 Sept 2017) esok.

You might also like