
Apple Watch Diberi Jaminan 3 Tahun – Isu Bateri Mengembung
Apple Watch ialah sebuah jam tangan pintar yang cantik tetapi adakah anda tergolong di dalam segelintir pengguna Apple Watch generasi pertama (series 1) yang menghadapi masalah bateri mengembung?
Oleh itu, Apple telah memberikan jaminan gantian bateri secara percuma sehingga tiga tahun kepada penggunanya. Bateri yang mengembung akan memberi kesan serius dengan memisahkan cantuman antara kerangka dengan paparan skrin.