OPPO Menampilkan Duta Terbaru Untuk Model R9s Black Edition

OPPO Malaysia telah melancarkan barisan telefon pintar R9s, kali ini model Black Edition pula mengambil tempat di majlis yang diadakan esok. Nampaknya mereka ingin mengukuhkan lagi pasaran dengan menampilkan duta terbaru, yang sebelum ini menampilkan selebriti seperti Fattha Amin, Ayda Jebat dan Min Chen.

Dengan tidak melengahkan lagi, OPPO Malaysia menampilkan selebriti terkenal iaitu Neelofa, seorang pelakon dan juga pengacara yang popular yang baru saja merangkul Anugerah Meletop baru-baru ini. Gandingan Fattah Amin dan Neelofa bukan lagi baru tetapi pasangan ini sering dilihat berganding dalam beberapa buah drama di televisyen. Jadi langkah pemasaran yang diambil OPPO ini agak strategik bagi meningkatkan lagi penjualan peranti keluaran mereka.

Jualan pra-tempah atas talian boleh dibuat bermula dari 3 Mei hingga 9 Mei 2017 di OPPO Store, atau terus ke Concept Store berhampiran anda. Jika pra-tempah dibuat di Concept Store anda perlu sertakan bayaran pendahuluan untuk model OPPO R9s Black Edition ini.

Harga belum boleh dipastikan lagi dan kita akan ketahui dalam acara perasmiannya esok.

 

Baca Juga:

 

You might also like