Reviu Eksklusif: OPPO R9s Valentine Red Edition, Berwarna Merah Dilancarkan

HARGA: RM 1,798

Sejak pelancaran OPPO R9s pada bulan Januari yang lepas, ia telah mendapat sambutan hebat daripada peminatnya. Menurut pihak OPPO, pra-tempah peranti ini telah mencipta rekod jualan baru berbanding pra-tempah pada F1s yang sebelum ini menjadi juara bagi syarikat ini. Sempena Hari Kekasih pada 14 Februari yang lepas, OPPO telah melancarkan warna baru iaitu merah yang melambangkan kebahagian, kejayaan dan membawa tuah kepada anda semua. Selain warna baru yang sangat memikat hati, apa kelebihan lagi pada R9s? Baca selanjutnya…

SPESIFIKASI

  • Sistem Operasi: Android 6.0 Marshmallow (ColorOS 3.0)
  • CPU: Qualcomm Snapdragon 625, Octa-core 2.0GHz
  • Kad SIM: Dual SIM / Nano SIM
  • Kamera Utama: 16 Megapiksel
  • Flash: LED flash
  • Auto Fokus:
  • Kamera Depan: 16 Megapiksel
  • Radio FM:
  • Bluetooth: v4.1
  • WiFi: 802.11 b/g/n/ac
  • NFC: X
  • LTE:
  • Memori: 64GB ROM, 4GB RAM
  • Bateri: 3010mAh
  • Warna: Gold, Rose Gold, Brilliant Red (Valentine Edition)

 

Kotak Pembungkusan & Aksesori

(1) Kotak pembungkusan berwarna merah (2) R9s Valentine Red Edition dan pelindung skrin (3) casing jernih (4) adapter pengecasan pantas (5) kabel microUSB (6) earphone (7) Pin slot (8) kad waranti dan buku panduan.


FIZIKAL

Antena

OPPO R9s telah melakukan pembaharuan dari segi rekaan di mana kali ini OPPO memperkenalkan rekaan garisan belakang antena yang baharu. Gelung hitam yang merentasi panel belakang telah digantikan dengan dua set tiga garisan ultra-halus. Garisan antena baru nampak lebih selari berbanding garisan antena yang dahulu dan ia juga menawarkan prestasi yang lebih baik berbanding generasi sebelumnya.

 

Pengimbas Cap Jari

Nampaknya penggunaan butang fizikal Home pada OPPO R9s telah digantikan dengan butang jenis sentuhan yang sensitif mirip seperti iPhone 7 dan 7 Plus. Pada butang yang sama juga bertindak sebagai butang untuk mengimbas cap jari.

 

Sisi Kerangka

Menampilkan kerangka unibodi, R9s menempatkan slot kad SIM jenis micro SIM di bahagian sisi kanan smartphone dengan sokongan hibrid dan butang kuasa. Manakala sisi kiri hanya menyediakan butang laras volume sahaja.

 

Bawah Smartphone

Pada bahagian bawah smartphone kelihatan padat kerana telah menempatkan port microUSB yang berada di tengah-tengah serta port audio jack. Selain itu, turut kelihatan ada lubang speaker bergril serta mikrofon dengan kemasan logam berskru.


APA YANG COOL?!

Penggambaran Utama & Swafoto

Berbeza dengan model OPPO F1s, pada bahagian tengah kamera belakang R9s adalah sensor terbaharu Sony IMX398, sensor 1/2.8 inci ini telah dibangunkan bersama Sony dan OPPO. Gandingan sensor ini dan aperture f/1.7 yang memerangkap 40% lebih cahaya berbanding generasi sebelumnya menawarkan kelajuan hasil imej yang lebih cerah, dinamik warna yang lebih baik dan juga pengurangan noise di dalam gambar.

Manakala untuk penggambaran swafoto pula, OPPO R9s turut menawarkan lensa beresolusi 16 Megapiksel dengan sokongan pelbagai mod menarik di antaranya adalah Beautify 4.0 dan Beauty Panoroma.

HASIL GAMBAR

Outdoor – Ultra HD
Outdoor – Ultra HD
Panorama
Swafoto

 

Kaedah Pengesahan Biometrik
Settings → Finger print and password → Add a fingerprint → Start an app

Sudah banyak smartphone high-end yang diperkenalkan hari ini menyokong fungsi pengimbas cap jari, begitu juga dengan OPPO R9s. Bagi yang mementingkan aspek keselamatan smartphone daripada diakses oleh individu yang tidak diingini, R9s adalah satu pilihan yang terbaik buat anda.

Selain menyediakan akses pengimbas cap jari yang lebih pantas, iaitu hanya 0.22 saat sahaja, ia juga menyokong lima cap jari dengan menu berbeza.

 

Permainan HD

Bagi yang gemar bermain permainan HD di dalam smartphone, R9s boleh dipertimbangkan. Selain dibekalkan dengan RAM sebesar 4GB, ia turut dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 625.

Editor sendiri telah cuba bermain permainan Real Racing 3, Asphalt 8: Airborne dan Modern Combat 5, ternyata ia memaparkan grafik yang sangat lancar. Jadi, tidak menjadi masalah untuk anda bermain permainan HD di dalamnya.


PENGECASAN PANTAS

Sokongan teknologi VOOC Flash Charge pada OPPO R9s pastinya menjanjikan masa mengecas yang sangat pantas kerana berdasarkan kenyataan yang dibuat, dengan hanya 5 minit masa mengecas, anda berupaya menikmati 2 jam masa panggilan. Ini bermakna, anda tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mengecas penuh bateri berkapasiti 3010mAh yang dimiliki oleh smartphone ini.

Zon Ujian Pengecasan

Ingin mengetahui sejauh mana kepantasan mengecas yang OPPO R9s? Editor sendiri telah mencuba untuk mengecas peranti ini menggunakan teknologi VOOC Flash Charge. Mari lihat sendiri keputusan ujian yang dijalankan oleh editor.

  1. OPPO R9s mula dicas apabila bateri tinggal 10%.
  2. Untuk 30 minit pertama, bateri smartphone meningkat sebanyak 74%.
  3. Selepas 45 minit mengecas, bateri smartphone meningkat kepada 90%.
  4. Untuk mengecas penuh OPPO R9s berkapasiti 3010mAh, ia mengambil masa selama 1 jam 10 minit.

 

Prestasi Benchmark
Qualcomm Snapdragon 625 Octa Core 2.0GHz Adreno 506
Memori Dalaman 64GB RAM 4GB microSD sehingga 256GB

Memandangkan OPPO R9s ini dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 625 yang dilancarkan bersama pemproses Octa Core 2.0GHz, tidak menjadi masalah untuk editor menjalankan ujian benchmark ke atasnya. Digandingkan bersama Honor 8 dan juga Motorola Moto Z Play, mari kita lihat keputusannya!

Model AnTuTu 6 GeekBench 4 Basemark OS II Basemark X
OPPO R9s 66,411 3,115 1091 21,316
Honor 8 89,824
6,475
2,118
16,592
Motorola Moto Z Play 62,217 4,584 1,226 21,300

 

RUMUSAN...
OPPO R9s yang dioperasikan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 625 yang 
menggunakan 14nm, nampaknya tidaklah begitu mengecewakan dari aspek 
prestasi jika dibandingkan dengan pemproses yang sama serta harga yang 
sedikit mahal dan pemproses berkuasa seperti HiSilicon Kirin 950.

 

KOMEN EDITOR…

Berbeza dengan model F1s keluaran OPPO sebelum ini, yang mana memfokuskan kepada ‘Pakar Selfie’. Kini jelas dapat dilihat bahawa model yang baru sahaja menerjah pasaran tempatan, R9s lebih memfokuskan kepada kamera belakang berspesifikasi profesional. OPPO R9s adalah sebuah telefon pintar yang dilengkapi dengan kamera belakang berteknologi tinggi, membolehkan pengguna untuk menangkap gambar yang jelas bila-bila masa, dan di mana sahaja.
Selain itu, sokongan teknologi pengecasan pantas VOOC pada R9s juga mampu mengecas dengan lebih pantas. Malah kehadiran pengimbas cap jari sepantas kilat pula membolehkan pengguna mengguna lima jari untuk lima menu berbeza. Kini dengan R9s, penggemar kamera boleh menangkap gambar berkualiti professional dengan mudah.

 

 

You might also like