
Bocor: Samsung Galaxy S8 Bakal Hadir Dengan Earphone AKG?!
Sebuah portal berita teknologi Vietnam, Techrum, baru-baru ini telah memuat naik beberapa imej yang menurut mereka adalah aksesori audio untuk peranti Samsung Galaxy S8. Menurut artikel mereka, earphone berjenama AKG ini akan hadir sekali bersama pakej pembelian Galaxy S8.
Audio jenama AKG sudah dikenali mempunyai kualiti binaan dan audio yang baik. Dari gambar yang dikongsikan kita dapat lihat earphone ini mempunyai kawalan in-line, kabel braided dan menurut ura-ura earphone ini juga dilengkapi teknologi noise isolation.




