HONOR MagicWatch 2 Rasmi – Sokong Cip Kirin A1 + Skrin & Bateri Lebih Besar!

Seiring pelancaran siri HONOR V30, syarikat tersebut turut mengemas kini barisan jam pintar mereka dengan kemunculan HONOR MagicWatch 2. Ia merupakan pewaris untuk HONOR Magic Watch yang dilancarkan tahun lepas dan didatang dengan peningkatan ketara – termasuk skrin dan bateri lebih besar.

HONOR MagicWatch 2 menerima perubahan utama pada paparan dengan binaan muka jam berukuran 1.39 AMOLED bersama resolusi 454 x 454. Masih terdapat dua butang fizikal pada sebelah kanan dan kemasan bezel kelihatan lenih nipis.

Untuk spesifikasi dalaman, HONOR MagicWatch 2 diselitakan dengan keupayaan prestasi lebih baik menerusi penjaan cip pemproses Kirin A1 – ia merupakan cip yang sama digunakan pada HUAWEI Watch GT 2 dan HUAWEI Freebuds 3. Jam pintar ini membawakan sambungan Bluetooth 5.1.

Antara fungsi menarik pada jam pintar ini termasuk – pemantauan kadar jantung menerusi teknologi TruSeen 3.5, sokongan SP02, pemantauan tidur dengan TruSleep 2.0, pemantauan tekanan dengan TruRelax dan mengesan sehingga 15 mod sukan yang berbeza.

Satu lagi peningkatan pada jam pintar ini adalah kapasiti bateri – 455mAh di mana dua kali ganda berbanding HONOR MagicWatch. HONOR mendakwa jangka hayat bateri ini mampu bertahan sehingga 14 hari dalam mod biasa, 30 jam untuk mod GPS dihidupkan, 24 jam untuk bermain muziz secara berbalik dan 10 jam untuk panggilan Bluetooth.

HONOR MagicWatch 2 tersedia dalam dua warna menarik seperti Carbon Black and Flax Brown – jam pintar ini ditawarkan untuk pasaran China pada harga ¥1,399 (kira-kira RM 831)

You might also like