
OPPO Umum “See Beyond” Creators Awards, Cungkil Bakat Generasi Muda Dalam Fotografi
OPPO hari ini mengumumkan mengenai program terbaharunya iaitu “See Beyond” Creators Awards. Program ini menyasarkan generasi yang mencintai fotografi di seluruh dunia. Anugerah ini bertujuan akan mengalakkan orang ramai untuk merakam kehidupan mereka melalui imej dan mengekspresi kreativiti mereka.
Anugerah ini akan mengenal pasti bakat fotografi bagi ekspresi kreatif menerusi pembiayaan projek dan peluang memaparkan hasil karya kepada umum menerusi beberapa aktiviti.
Antara ‘creator’ terkenal seperti jurugambar Lua Ribeira dan pelakon terkenal Chun Xia akan tampil sebagai tetamu khas pada anugerah ini yang mana mereka berkongsi dan berbincang mengenai hasil kerja mereka yang memfokuskan kepada ekspresi dan ciptaan.
Seperti yang kita ketahui, OPPO sentiasa memberi fokus kepada fungsi kamera dan pengalaman pengguna. Peranti terbaharu dari OPPO iaitu OPPO Reno 10x Zoom, dilengkapi dengan 3 kamera, 10x hybrid Zoom dan pelbagai fokus teknologi kamera.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari laman sesawang OPPO, Facebook OPPO, Kedai rasmi atas talian OPPO, Kedai rasmi OPPO di Lazada dan Shopee.