Aplikasi MyDigi Kini Boleh Diakses Seperti Biasa

Tempoh hari kami ada berkongsi berkenaan aplikasi dan laman sesawang Digi yang mengalami masalah tidak dapat diakses. Hari ini Digi memaklumkan bahawa aplikasi mudah alih mereka berfungsi dan boleh diakses seperti biasa.

Kami juga agak kecewa dengan pembangun aplikasi dan laman sesawang Digi yang mengambil masa yang lama untuk membaiki masalah yang dihadapi pengguna. Alasan yang diberi oleh kerana kesesakan trafik sepatutnya tidak berlaku kerana Digi merupakan syarikat telekomunikasi yang besar di Malaysia.

Kini, para pengguna talian Digi boleh kembali semula mengakses aplikasi MyDigi untuk menguruskan akaun atau membayar bil. Dalam masa sama kami percaya pihak Digi telah menaik taraf sistem berkenaan kepada sistem yang lebih baik.

You might also like