Peratus Pengguna Malaysia Menggunakan Aplikasi Media Sosial

Media sosial merupakan platfom yang paling mustahak di masa kini. Media sosial dijadikan pentas kepada semua individu untuk menunjukkan diri mereka dan mencari kenalan hanya didalam alam maya. Melalui pentas media sosial, setiap orang termasuk di Malaysia mampu berhubung dengan sesiapa sahaja malah kepada usahawan atau syarikat perniagaan, platfom ini merupakan satu kaedah pemasaran yang sangat efisyen.

Di bawah ini adalah peratus rakyat Malaysia menghabiskan masa dengan melayani media sosial:-

Jika dilihat, Facebook menjadi aplikasi nombor satu paling banyak digunakan oleh penduduk Malaysia. Sebanyak 97.3% dicatatkan, Instagram di tempat kedua dengan 56.1%, Youtube 45.3% dan diikuti aplikasi sosial yang lain.

Melalui tinjauan yang dilakukan juga, pengguna telefon pintar seantero dunia termasuk Malaysia telah menghabiskan purata sebanyak 233 minit sehari menatal telefon pintar khususnya media sosial berbanding 188 minit pada tahun sebelumnya. Ini menjadikan jumlah seorang individu menghabiskan masa dengan ‘teman sejati’ meraka kepada 85,045 minit setahun.

You might also like