
Berminat dengan rekaan Tommy3 yang menampilkan paparan skrin hampir penuh dan pilihan warna trendy? Korang mesti nak tahu apa ciri-ciri menarik yang ada pada telefon pintar ini bukan? Memandangkan ia memfokuskan kepada pengguna yang mempunyai bajet ‘nipis’, mari lihat apa ciri-ciri menarik yang ditawarkan pada Tommy3 ini.
KENAPA PERLU MEMILIKI TELEFON PINTAR INI?
Smart Left Page
Kini anda boleh mengakses kenalan dan aplikasi lebih pantas dengan adanya aplikasi My Smart Left Page. Ianya sangat membantu, yang mana memudahkan sehingga 80% penggunaan seharian. Anda hanya perlu swipe paparan antaramuka ke kiri skrin sahaja.
Selain itu, Smart Left Page turut menawarkan berita terkini dari News Republic dengan sokongan kemas kini pantas.
Penggambaran
Kamera utama dilengkapi bersama sensor 8 Megapiksel telah diserikan dengan pelbagai mod menarik di antaranya adalah Portrait, Professional, Panorama, Night, Beauty, HDR dan beberapa lagi.

Manakala kamera swafoto beresolusi 5 Megapiksel hadir dengan sokongan Selfie-light untuk penggambaran yang kelihatan lebih natural.

Malah kehadiran mod Portrait pula mampu menghasilkan gambar swafoto dengan latar belakang kabur.
Phone Assist
Tanpa perlu menggunakan aplikasi pihak ketiga, pengurusan peranti terasa lebih mudah dengan adanya sokongan Phone Assist.
Aplikasi ini menyokong sehingga lapan menu pengurusan seperti Power Saver, Notification Manager, Permission Manager, Updates, Antivirus, Memory Boost dan beberapa lagi.
Smart Gesture
Smart Gesture adalah cara yang paling cepat dan pantas untuk anda membuka menu, di mana hanya perlu melukis huruf yang mewakili menu tersebut pada paparan skrin yang berkunci.
Sebagai contoh, jika anda menulis huruf ‘M’ yang mewakili ‘Muzik’, ia secara automatik akan membuka menu yang diinginkan. Selain itu, anda juga boleh menambah menu lain dengan menekan ikon ‘+’.
HASIL GAMBAR
Walaupun hanya dibekalkan dengan kamera utama 8 Megapiksel, tetapi hasil gambar yang diambil oleh telefon pintar ini masih memuaskan. Di sini kami telah mengambil beberapa keping gambar dengan beberapa mod popular seperti HDR, Potret dan juga Beauty. Jadi anda sendiri nilaikan…
UTAMA







SWAFOTO


KOMEN EDITOR
PRO
- Telefon pintar dengan paparan skrin hampir penuh pada harga mampu milik.
- Sokong ciri-ciri menarik yang ada pada peranti kelas atasan seperti Phone Assist, Smart Gesture, Smart Left Page, One Clean dan News Republic.
- Lensa penggambaran utama dan hadapan hadir dengan sokongan mod Potret yang mampu mengambil gambar dengan latar belakang kabur.
KONTRA
- Memori RAM 1GB dianggap ketinggalan zaman.
- Masih menyediakan port microUSB 2.0 untuk fungsi pengecasan dan pemindahan data.
- Paparan skrin hampir penuh tidak disokong oleh beberapa aplikasi seperti YouTube, Video, Navigasi dan beberapa lagi.

