Tertiris Siri Samsung Galaxy M Baharu – M21/M31/M41 Bakal Diperkenalkan Tahun 2020

Siri Samsung Galaxy M yang baru diperkenalkan buat pertama kali pada tahun ini membawa sambutan meriah dari golongan pemuda pemudi, ini kerana ia mempunyai keunikan tersendiri di samping lebih memfokuskan pada kelas pertengahan dan entry level dengan spesifikasi yang menarik.

[ Samsung Siri Galaxy M Rasmi – Rekaan Moden Bersama Skrin Takuk, Khusus Untuk Pengguna Muda]

Terkini laman web terdedah berita mengenai spesifikasi siri Galaxy M baharu, iaitu M21, M31 dan M41 yang dikhabarkan tampil pada tahun 2020. Menurut info terdedah, Galaxy M21 menggunakan cip pemproses Exynos 7609, sokong 4GB RAM dan dibekalkan dwi-kamera 24MP + 5MP.

Galaxy M31 pula dikuasakan pemproses Snapdragon 665 di bawah sokongan 6GB RAM, bahagian kamera lebih berkuasa di mana hadir dengan tri-kamera 48MP + 12MP + 5MP. Akhir sekali Galaxy M41 memandangkan mempunyai spesifikasi paling berkuasa, yang mana membekalkan cip pemproses Exynos 9630, 6GB RAM, tri-kamera 64MP + 12MP + 5MP.

[ Reviu Eksklusif: Samsung Galaxy M20, Spesifikasi Luar Biasa Bagi Kelas Permulaan!!! ]

Adakah siri baharu ini akan dilancarkan pada tahun 2020, kita nantikan berita selanjutnya dari pihak Samsung. Yang pasti, kamera 64MP akan menjadi isu terhangat pada tahun yang akan datang.

[ SUMBER ]

 

You might also like