- Iklan -

HONOR Malaysia Berjaya Mendapat Kontrak Jualan Bernilai RM50 Juta Daripada MAHSA

Institusi pengajian tinggi swasta terkemuka, Universiti MAHSA membeli siri komputer riba HONOR MagicBook bernilai RM50 juta dari HONOR Malaysia bagi kegunaan pembelajaran pensyarah dan pelajarnya, baru-baru ini. 

Siri HONOR MagicBook mengetengahkan tiga tumpuan jualan iaitu perlindungan mata, daya ketahanan dan harga berbaloi, sekali gus menjadikannya laris sebaik dilancarkan di pasaran Malaysia. 

Pra-pesanan siri HONOR MagicBook di stor rasmi dalam talian tempatan menerima respons memberangsangkan daripada pengguna, seterusnya meyakinkan Universiti MAHSA untuk membeli 15,000 unit komputer riba tersebut dari HONOR Malaysia. 

Siri HONOR MagicBook sesuai untuk kegunaan Institusi pengajian tinggi disebabkan tiga tumpuan jualan tersebut. Ini kerana pensyarah dan pelajar perlu meluangkan masa lama di hadapan skrin komputer riba untuk menyiapkan tugasan setiap hari. 

Selain itu, kelebihan siri HONOR MagicBook yang dilengkapi skrin diperakui persijilan Cahaya Biru Rendah TUV Rheinland dan tidak berkelip, melindungi mata dari cahaya biru sebanyak 50%. Jadi, pandangan mata pengguna lebih selesa selain tidak akan berasa penat ketika mengguna komputer riba tersebut. 

Siri HONOR MagicBook menawarkan pengalaman internet lebih baik serta berprestasi tinggi berbanding jenama komputer lain yang dijual pada harga sama. Siri komputer riba tersebut membantu menambah baik kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam talian kerana tidak akan menimbulkan masalah lengah.

Komputer riba tersebut tahan lasak kerana dibangunkan dengan kerangka aloi aluminium dan telah melalui pelbagai ujian makmal. Komputer riba ini tidak mudah tercalar, tahan lama dan berbaloi untuk dibeli. 

You might also like