Tambang Sehala GrabCar Dari atau Ke KLIA/KLIA2 Serendah RM65?!

GrabCarGrabCar sebelum ini telahpun menawarkan perjalanan sehala dari atau ke KLIA/KLIA2 dengan harga bermula RM80. Kini, untuk bersaing dengan beberapa penyedia perkhidmatan lain, GrabCar telah mengurangkan harga penawaran mereka serendah RM65.

Penawaran harga yang lebih rendah ini pasti membuatkan ianya menjadi salah satu pilihan utama untuk kebanyakan pengguna yang ingin ke luar negara kerana kini tambang untuk ERL sudah berharga RM50.

Perubahan harga tambang ini akan efektif bermula 9 Mei 2016. Seperti syarat sebelumnya, penumpang perlu menanggung kos tol yang dibayar oleh GrabCar semasa dalam perjalanan.
Muat Turun:

Muat Turun Grab Car:

You might also like