Kini Google Text-ToSpeech Talkback Dengan Sokongan Bahasa Malaysia

SKMMGoogle Text-ToSpeech Talkback adalah aplikasi yang menawarkan fungsi bantuan dan sokongan di mana ia akan membacakan teks yang dipaparkan pada skrin.

Pada kebiasaannya, fungsi ini digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah penglihatan dan mereka yang ingin mendengar teks yang panjang tanpa perlu membaca. Pada masa yang sama turut boleh digunakan untuk melayari laman web dan mengubahnya kepada bentuk podcast. Namun fungsi ini tidak menyokong Bahasa Malaysia dan sokongan bahasa yang paling hampir adalah Bahasa Indonesia.

Namun perkara itu bakal berubah tidak lama lagi, kerana Google dan SKMM Malaysia sedang berusaha dalam membangunkan sokongan untuk Bahasa Malaysia supaya lebih ramai pengguna di negara ini dapat menikmati fungsi tersebut.

Kita tunggu saja ketibaan fungsi ini.

  • Laman rasmi SKMM:
  • Muat Turun: ANDROID

 

You might also like