
[TERTIRIS] : Gambaran Sebenar Reka Bentuk Kamera Nokia 7.2 Bocor
Sejak kebelakangan ini, Nokia 7.2 menjadi antara topik bualan hangat warganet. Maklumat bocir terbaru mendedahkan gambaran sebenar reka bentuk kamera peranti berkenaan dikatakan kini terdedah.

Imej bocor nampaknya mendedahkan beberapa ciri utama pada peranti secara jelas mengenai peranti – Terdapat rekaan kamera berbentuk bulat dengan persediaan tiga kamera utama dengan sokongan ZEISS Optics. Selain itu, pengimbas cap jari fizikal berbentuk bulat juga turut kelihatan pada panel belakang peranti – diletakkan di bawah kamera.

Nampaknya kita boleh menjangkakan sesuatu yang luar biasa daripada persediaan ini. Masih banyak maklumat mengenai peranti ini yang masih belum diketahui – terdapat sumber mengatakan pelancaran peranti ini pada September kelak. Benar atau tidak? Sama-sama kita tunggu!
[SUMBER], [SUMBER1], [SUMBER2]
_______________________________________________________________________
Artikel Berkaitan :

