
Bersempena pelancaran produk Predator pada 28 Jun ini, Acer Malaysia bakal mengadakan jerayawara selepas acara menawarkan pelbagai barangan aksesori pada harga yang tidak masuk akal.

Promosi Flash Sale yang akan bermula pada pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari akan diadakan selama dua hari bertempat di Blue Concourse, tingkat LG2, pusat beli-belah Sunway Pyramid. Antara barangan yang akan dijual ialah pad tetikus, beg galas, tetikus, monitor, tablet, dan komputer riba. Sebanyak RM300 rebat tunai disamping hadiah percuma akan diberikan kepada para pelanggan yang membeli komputer riba terpilih.


Selain daripada menikmati promosi yang dijalankan, pelanggan yang membuat pembelian melebihi RM1,800 untuk produk Acer juga berpeluang untuk memenangi hadiah seperti berikut:
- Hadiah Utama: Komputer riba Aspire 6 Edisi Marvel Avengers: Infinity War Captain America
- Hadiah Tempat Kedua: Beg galas Predator Roll Up Junior
- Hadiah Tempat Ketiga: Tetikus Predator Cestus 300

Jadi, tandakan kalendar anda pada 28 Jun ini untuk rebut peluang mendapatkan barangan Acer dengan harga istimewa di sana.

